KOTA MARUDU 23 Nov. – Lima termasuk tiga pensyarah maut apabila bas yang membawa kakitangan Politeknik Sandakan serta ahli keluarga mereka terbabas dan terbalik di kawasan Kampung Surun-Surun, Jalan Marak Parak di sini hari ini. Dalam kemalangan pada kira-kira pukul 4.30 petang itu, tiga pensyarah yang maut adalah wanita, dua lagi mangsa ialah suami kepada seorang daripada pensyarah tersebut dan bayi lelaki mereka yang berusia dua tahun. Sebanyak 36 lagi…










