Lima ditahan terlibat 
judi atas talian - Utusan Malaysia

Lima ditahan terlibat 
judi atas talian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI 15 Nov. – Kegiatan judi atas talian di lima lokasi berasi­ngan di Sungai Rengit dan Bandar Penawar dekat sini terbongkar apabila diserbu malam kelmarin.

Seramai lima lelaki tempatan ditahan dalam Ops Rempuh Kegiatan Perjudian Online yang dilakukan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi dari pukul 10 hingga 12 tengah malam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Ahsmon Bajah berkata, mereka yang ditahan itu berusia 20 hingga 37 tahun.

“Mereka yang ditangkap pasukan petugas khas IPD Kota Tinggi itu termasuk penjaga dan juga penganjur judi atas talian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelas Ahsmon, turut dirampas lima unit telefon pelbagai jenama dan seunit modem jenama Asus serta wang tunai berjumlah RM1,685.

Tambahnya, kesemua suspek yang ditahan dan barang rampasan dibawa ke IPD Kota Tinggi untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Sksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Pada masa yang sama, seba­nyak 21 kes perjudian disiasat di bawah Sek 4a(a)ARJT 1953 dan ada yang sudah selesai, masih dalam siasatan dan akan di tuduh di mahkamah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN