PADANG 30 Nov. – Pihak berkuasa bandar Pariaman di Sumatera akan mengenakan denda sejuta rupiah (RM293) terhadap individu transgender dan homoseksual kerana `menganggu ketenteraman awam’.
Undang-undang berkenaan telah diluluskan untuk mengharamkan sebarang `tindakan yang disifatkan sebagai lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT)’.
Timbalan Datuk Bandar Pariaman, Mardison Mahyudin berkata, undang-undang baharu itu diwujudkan ekoran `kemarahan’ terhadap golongan LGBT. – AFP










