Lelaki warga emas dituduh cabul cucu tiri - Utusan Malaysia

Lelaki warga emas dituduh cabul cucu tiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON 16 Nov. – Seorang warga emas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mencabul seorang cucu perempuan tirinya di sebuah rumah di Lukut dekat sini, tiga tahun lalu.

Tertuduh, Othman Dahan, 68, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan sebaik pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Siti Khairiah Abd. Razak.

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap Damia Amani Mohd. Azam, 4, (semasa kejadian) dengan maksud mencabul kehormatannya di sebuah rumah di Rumah Rakyat Pekan Lukut di sini antara Januari hingga Jun 2015.

Memuatkan artikel berkaitan…

Timbalan Pendakwa Raya, A.Ashwini mengemukakan pendakwaan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu jika sabit kesalahan.

Pihak pendakwaan menawarkan wang ikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah kemudian menetapkan 17 Disember ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Mengikut laporan media sebelum ini, Damia Amani meninggal dunia akibat ditendang di dada oleh ibu tirinya, Siti Zabrina Adin, 43, dalam kejadian di Taman Lukut Makmur, Lukut di sini pada 7 Ogos 2015.

Pada April 2017, Mahkamah Tinggi Seremban menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun terhadap Siti Zabrina kerana didapati bersalah menyebabkan kematian tanpa niat mangsa.  – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×