Lelaki mengamuk mati ditembak - Utusan Malaysia

Lelaki mengamuk mati ditembak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN – Seorang lelaki yang mempunyai sekurang-kurangnya 15 rekod jenayah lampau mati ditembak selepas bertindak menyerang anggota polis menggunakan sebilah pisau pemotong buah dalam kejadian amuk di Jalan Ria berhampiran Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.10 petang itu, suspek yang berusia 41 tahun sebelum itu dilaporkan terlibat dalam pertengkaran dengan seorang lelaki lain.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, anggota polis yang bertugas di Pondok Polis Komtar kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan berhubung kes berkenaan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN