Lelaki ditahan menyamar pegawai peribadi Datuk Dzulfikli - Utusan Malaysia

Lelaki ditahan menyamar pegawai peribadi Datuk Dzulfikli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT 29 Nov. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Batu Pahat menahan seorang lelaki kerana menyamar sebagai pegawai peribadi Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Menurut sumber, hasil siasatan yang dijalankan, suspek berusia 39 tahun itu dikatakan telah bersubahat dengan membenarkan akaun bank miliknya digunakan dalam permintaan dan transaksi wang rasuah berjumlah RM40,000 oleh seorang lelaki yang dikatakan pegawai peribadi kepada Datuk Dzulkifli Ahmad yang semasa kejadian tersebut adalah Ketua Pesuruhjaya SPRM.

“Permintaan dan transaksi dikatakan adalah bagi menutup kes pengadu yang telah memberikan wang rasuah sebanyak RM40,000 kepada seorang pegawai polis untuk kes khidmat pesanan ringkas (SMS) lucah dan kes ‘money scam’.

“Suspek telah ditahan di Pejabat SPRM Batu Pahat pukul 10.30 malam semalam bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan di bawah Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Sementara itu, Pengarah SPRM negeri, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN