PADANG BESAR 23 Nov. – Sebanyak 133,049 kanak-kanak berumur tujuh hingga 12 tahun di seluruh negara menerima insentif Geran Sepadan sumbangan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berjumlah RM66.524 juta hingga 31 Oktober lepas. Pengerusinya, Wan Saiful Wan Jan berkata di bawah program itu, pelajar cemerlang daripada keluarga miskin akan menikmati insentif sebanyak RM500 seorang yang dimasukkan dalam akaun SSPN-i mereka. Katanya, PTPTN menyediakan peruntukan untuk 500,000 ibu bapa terawal…










