KELAB Johor Darul Ta’zim (JDT) yang membuat penampilan pertama di pentas Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2019 terpaksa menunggu Februari tahun depan untuk mengetahui lawan mereka pada kejohanan berprestij peringkat Asia itu. Lawan skuad Harimau Selatan hanya akan diketahui selepas selesai peringkat playoff yang dijadualkan berlangsung Februari 2019 sebelum sepak mula ACL pada 4 Mac. JDT diundi dalam Kumpulan E bersama satu wakil daripada liga Korea Selatan serta dua pasukan pemenang peringkat playoff. “Saya akui sukar untuk JDT membuat perancangan awal kerana tidak tahu pasukan mana yang bakal kami temui pada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya