KUALA LUMPUR 28 Nov. – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan membuat satu laporan polis berhubung dakwaan mengatakan Muhammad Adib Mohd. Kassim cedera akibat dilanggar. Ketua Pengarahnya, Datuk Mohamad Hamdan Wahid berkata, laporan itu dibuat bagi mempertahankan kenyataan sebelum ini bahawa Muhammad Adib cedera akibat dipukul sekumpulan perusuh. “Rakaman video telah membuktikan bagaimana keadaan ketika itu. Jadi tiada apa untuk dijelaskan,” katanya dalam sidang akhbar di Institut Jantung Negara…









