ANTARA langkah awal diambil Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu sebaik mengambil tugas Menteri Pertahanan pada Mei lalu ialah menghentikan amalan Menteri dan Timbalan Menteri di kementeriannya memakai pakaian seragam tentera pada majlis rasmi. Alasan beliau mudah iaitu bagi menjaga maruah pemakaian seragam tentera. Kata beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, seragam tentera tidak boleh dipakai oleh orang awam dan hanya boleh dipakai anggota tentera yang sudah melalui fasa latihan ketenteraan. Ini kerana Menteri dan Timbalan Menteri Pertahanan bukanlah sebahagian daripada organisasi ketenteraan, sebaliknya mereka adalah pentadbir yang melaksanakan hal-hal dasar.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya