KOTA BHARU 23 Nov. – Panggilan telefon daripada seorang lelaki tidak dikenali kira-kira 35 tahun dahulu yang menyuruhnya memeluk Islam menjadi isyarat kepada seorang wanita berbangsa Cina supaya tidak melengahkan lagi hasrat yang sudah dipendam sekian lama. Siti Aisyah Thow Abdullah atau nama asalnya, Thow Kwai Teng,54, yang kini menetap di Bunut Susu, Pasir Mas memeluk agama Islam pada usia 19 tahun semasa menjawab panggilan telefon di rumah keluarganya dahulu…










