LONDON 22 Nov. – Kylian Mbappe memainkan peranan besar ketika Perancis merangkul Piala Dunia 2018 malah dinobat sebagai Pemain Harapan pada kejohanan di Rusia itu. Bagaimanapun agak mengejutkan, bintang tengah Paris Saint-Germain (PSG) tersebut gagal menempatkan diri dalam senarai lima calon akhir anugerah berprestij, Budak Emas Eropah 2018 berdasarkan undian yang dilakukan peminat. Tonggak pertahanan England dan Liverpool, Trent Alexander-Arnold, 20, sebaliknya mengetuai calon utama penerima anugerah yang diberikan kepada…










