KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menetapkan kuantum baharu Simpanan Asas akan dinaikkan daripada RM228,000 kepada RM240,000 berkuat kuasa 1 Januari 2019. Ketua Jabatan Pengurusan Strateginya, Balqis Yusoff berkata, Simpanan Asas mewakili jumlah simpanan minimum untuk menampung keperluan asas persaraan selama 20 tahun daripada umur 55 tahun sehingga 75 tahun, selaras dengan jangka hayat rakyat Malaysia. “Kuantum baharu ini ditanda aras dengan kadar pencen minimum pekerja sektor awam…









