KVUM ziarah dua bekas kakitangan uzur - Utusan Malaysia

KVUM ziarah dua bekas kakitangan uzur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Nov. – Sebagai tanda ingatan mesra dan mengeratkan silaturahim, Kelab Veteran Utusan Melayu (KVUM) menziarahi dua bekas kakitangan Utusan Melayu (M) Berhad yang kini uzur dan terlantar sakit.

Kedua-dua mereka ialah bekas Pengarang Utusan Pelajar, Salleh Hamzah yang menetap di Taman Sri Gombak dan bekas Pengarang Sastera di majalah Pemikir, Wan Hamzah Awang di Desa Jaya, Kepong di sini.

Salleh, 74, menghidap pe­nyakit strok sejak sembilan tahun lalu manakala Wan Hamzah, 72, menderita penya­kit buah pinggang sejak enam tahun lalu.

Kira-kira 16 ahli KVUM menyertai program berkenaan yang dinamakan Jom Ziarah Sahabat bermula pukul 1 tengah hari.

Lawatan itu diketuai Penasihat KVUM yang juga bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Tan Sri Zainuddin Maidin.

Yang hadir sama ialah seorang lagi bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Tan Sri Johan Jaaffar.

Di penghujung lawatan, KVUM menyampaikan cenderamata kepada kedua-dua bekas kakitangan berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN