KPM nafi iklankan jawatan Pembantu Guru - Utusan Malaysia

KPM nafi iklankan jawatan Pembantu Guru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menafikan mengeluarkan sebarang iklan tawaran pengambilan Pembantu Guru di seluruh negara seperti yang tular di media sosial.  KPM dalam kenyataannya hari ini menjelaskan bahawa jawatan Pembantu Guru belum diwujudkan. “Sebarang pengambilan bagi pengisian jawatan pembantu guru, jika hendak dilaksanakan kelak hanya akan diuruskan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan sebagai pihak berkuasa melantik,” kata KPM. – Bernama  

Langganan Akses Kandungan Eksklusif

PERCUMA

3 bulan

1 Bulan / RM3.00

Akses Kandungan Eksklusif

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN