Kota Damansara, Kampung Paya Jaras, Sungai Buloh banjir - Utusan Malaysia

Kota Damansara, Kampung Paya Jaras, Sungai Buloh banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Nov. – Beberapa kawasan di sekitar Sungai Buloh mengalami banjir kilat berikutan hujan lebat sejak pukul 5 petang tadi.

Kejadian tersebut melibatkan Kota Damansara, Kampung Paya Jaras, Kampung Kubu Gajah dan Rawang yng dinaiki air setinggi 50 sentimeter sehingga mencecah satu meter.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, ekoran itu, kejadian terbabit telah menyebabkan kerosakan rumah dan harta benda penduduk di kawasan berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sehingga pukul 11.30 malam ini, difahamkan kawasan perumahan di lokasi terbabit masih ditenggelami air namun masih terkawal.

“Setakat ini tiada pusat pemindahan mangsa banjir dibuka namun kita masih memantau lokasi-lokasi terlibat,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambahnya, beberapa jalan raya seperti Jalan Sungai Buloh menuju ke Kepong ditenggelami air sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas.

“Kami menasihati pengguna jalan raya terutama penunggang motosikal dan orang ramai lebih berhati-hati ,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×