KLIMS 2018 tumpuan industri automotif - Utusan Malaysia

KLIMS 2018 tumpuan industri automotif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Nov. – Pertunjukan Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS 2018) yang diadakan di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) bermula 23 November sehingga 2 Disember ini menghimpunkan pelbagai jenama automotif tempatan dan antarabangsa.

KLIMS 2018 menjadi platform kepada syarikat automotif seperti Proton, Perodua, Toyota, Daihatsu, Ford, Honda, Hyundai, Kumpulan Automotif Naza, Infiniti, Isuzu, Nissan dan Mitsubishi untuk mempamerkan pelbagai model terbaharu, tawaran menarik serta iklan acah model tahun depan.

Tumpuan KLIMS pastinya terarah kepada model kenderaan utiliti sukan (SUV) pertama Proton, X70 yang dipertontonkan kepada umum buat pertama kali. Selain itu, Perodua turut mempamerkan kereta konsep berteknologi tinggi, X-Concept dan Myvi GT.

Kumpulan Automotif Naza mempamerkan barisan jenama antarabangsa seperti Peugeot, DS, Citroen dan Kia. Antara model yang terlibat termasuk DS7 Crossback serba baharu, Citroën C3 Aircross baharu, Peugeot 308 GTi, Kia Sportage GT-Line baharu dan Picanto GT-Line baharu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×