PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedia membantu hospital-hospital swasta mendapat pengiktirafan sebagai Hospital Rakan Bayi, satu usaha untuk mempromosi dan menyokong amalan penyusuan susu ibu dalam lingkungan sistem kesihatan di negara ini. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dzulkefly Ahmad berkata, pada masa ini hanya terdapat 19 daripada 175 hospital swasta yang melaksanakan inisiatif Hospital Rakan Bayi. “Bukanlah sesuatu yang sukar untuk diiktiraf sebagai Hospital Rakan Bayi. Kami (KKM) bersedia untuk…










