Kisah cinta Roshan, Shinna hiasi Piala AFF 2018 - Utusan Malaysia

Kisah cinta Roshan, Shinna hiasi Piala AFF 2018

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Nov. – Hasil kerjasama dengan ahli keluarga telah merealisasikan hasrat penyokong Malaysia, G. Roshan untuk melamar pasangannya, Shinna Teh di hadapan 80,000 penyokong Harimau Malaya yang hadir ke Stadium Nasional Bukti Jalil, Sabtu lalu.

Roshan menerima keseronokan berganda apabila bukan sahaja lamarannya diterima, malah Malaysia turut mara ke separuh akhir Piala AFF selepas menewaskan Myanmar 3-0.

“Sebenarnya perancangan membuat kejutan ini dibuat tiga minggu lebih awal dengan kerjasama pihak penganjur. Saya juga minta keizinan dan restu daripada kedua-dua belah keluarga tapi merahsiakannya daripada pengetahuan Shinna.

“Saya gembira kerana misi berjaya. Gelagat saya membuatkan Shinna terharu malah dia bersetuju menerima lamaran saya pada malam itu…dengan mengatakan ‘of course lahhh’,” kata Roshan yang dipetik dalam Facebook rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di sini hari ini.

Pada masa rehat 15 minit babak pertama layar skrin besar mempamerkan ‘Jom Kahwin Saya Shinna’ dan Roshan terus mengeluarkan cincin melamar Shinna yang dikenali sejak 2014.

“Kami gemar menonton perlawanan bola sepak bersama di stadium, jadi saya mahu menjadikan malam itu sebagai detik istimewa buat kami berdua…Di stadium pada perlawanan Malaysia,” katanya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN