Khairy jalankan tugas pembangkang - Saifuddin - Utusan Malaysia

Khairy jalankan tugas pembangkang – Saifuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 24 Nov. – Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah menganggap desakan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin supaya beliau meletak jawatan dan bertanggungjawab terhadap isu ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) sebagai perkara biasa.

Saifuddin berkata, Khairy dilihat menjalankan tugasnya sebagai pembangkang dengan baik kerana berkaitan ICERD adalah keputusan Kabinet.

“Itu adalah keputusan Kabinet selepas mengadakan perbincangan.Kita melihat bagaimana penerimaan masyarakat terhadap isu ini.

“Ada sebahagian masyarakat memahaminya dan ada juga yang salah faham dan salah tafsir mengenai ICERD terutama membabit hak asasi manusia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai desakan pelbagai pihak termasuk Ahli Parlimen Rembau itu selepas kerajaan mengumumkan menolak ratifikasi ICERD di negara ini.

Beliau ditemui selepas Majlis Ramah Mesra anjuran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bersama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Beserah di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN