Ketulan daging babi ditemui di dua surau di Melaka - Utusan Malaysia

Ketulan daging babi ditemui di dua surau di Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN – Para jemaah di dua buah surau di sini gempar apabila menemui ketulan daging dipercayai babi berserta nota di pekarangan surau berkenaan awal pagi tadi.

Kejadian disedari oleh jemaah Surau Bukit Serkam yang memasuki pekarangan surau tersebut untuk menunaikan solat subuh kira-kira pukul 5 pagi. 

Salah seorang jemaah, Adam Abdullah, 65, berkata, dia terus memaklumkan perkara tersebut kepada pihak surau dan menghubungi Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) selepas mengesyaki daging tersebut adalah daging babi. 

“Lebih kurang pukul 7 pagi, pihak forensik polis tiba dan selepas itu pihak surau melakukan proses sertu.

“Lebih 10 tahun surau ini diwujudkan inilah pertama kali kes seumpama ini berlaku,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Dalam pada itu, seorang pekerja pembersihan wanita di Surau An Nur di Ladang Serkam turur menemui ketulan sama dipercayai daging babi kira-kira pukul 8 pagi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN