Ketua Polis Balai Sentral Ipoh juara tilawah PDRM - Utusan Malaysia

Ketua Polis Balai Sentral Ipoh juara tilawah PDRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Nov. – Peranan bapa sebagai hakim dalam Pertandingan Ti­lawah Kebangsaan selama 40 tahun menjadi inspirasi kepada Ketua Polis Balai Polis Sentral Ipoh, Asisten Superintenden, Mohamad Shahran Tarmizi, 39, untuk bergelar qari.

Hasil kesungguhan Mohamad Shahran mendalami bidang tilawah al-Quran akhirnya membuahkan hasil apabila dipilih sebagai juara qari Majlis Tilawah al-Quran Polis Diraja Malaysia (PDRM) Peringkat kebangsaan 2018.

Menurut Mohamad Shah­ran, bapanya, Datuk Tarmizi Mohamad menjadi pendorong untuknya terus berusaha.

“Selain usaha menjadikan taranum bacaan lebih baik, penjagaan kesihatan termasuk suara juga antara yang memainkan peranan penting,” katanya kepada pemberita selepas majlis penutup tilawah tersebut yang bermula semalam di Maktab PDRM, di sini.

Sementara itu, anggota Bahagian Pengurusan, Ibu pejabat Polis Kontinjen Perlis, Koperal Nor Marina Is­hak, 30, pula menjadi juara kategori qariah.

Bergelar johan kali kedua selepas memenanginya tahun lepas, Marina berkata, menjadi johan tilawah al-Quran menjadi impian sejak kecil lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN