Ketepi fahaman politik bantah ICERD - Utusan Malaysia

Ketepi fahaman politik bantah ICERD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PERMATANG PAUH 16 Nov. – Letakkan ke tepi perbezaan fahaman politik dan berjuanglah atas nama Islam.

MOHD. ZAIDI MOHD. SAID
MOHD. ZAIDI MOHD. SAID 

Itulah saranan yang dikemukakan Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Said di hadapan lebih 500 jemaah yang berkumpul bagi membantah usaha untuk mengiktiraf Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di Masjid Jamek Seberang Jaya di sini.

 Himpunan aman itu dianjurkan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang turut disertai pemimpin UMNO dan Pas.

Mohd. Zaidi berkata, beliau menyokong saranan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar umat Islam turun ke jalanan sekiranya ICERD akan dilaksanakan di negara ini.

“Saya sanggup letak ke tepi beza fahaman politik serta akan menyeru semua umat Islam di Permatang pauh untuk bersama membantah ICERD yang dicadangkan oleh kerajaan Pakatan Harapan.

“Kita berjuang atas nama Islam dan hak Bumiputera yang tidak mudah untuk dipijak oleh bangsa lain atas nama kesamarataan,” katanya.

Yang turut hadir Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang Mohd. Fauzi Yusof dan Ahli Dewan Undangan Negeri Penaga dari Pas, Mohd. Yusni Mat Piah.

Sementara itu Mohd. Fauzi berkata, pihaknya akan menganjurkan satu himpunan aman besar-besaran di Pulau Pinang bagi membantah ICERD dalam masa terdekat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN