Ketahui isu, cabaran Revolusi Industri 4.0 - Utusan Malaysia

Ketahui isu, cabaran Revolusi Industri 4.0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 11 Nov. – Industri tempatan perlu mengetahui isu serta cabaran berkaitan kelestarian insan bagi mendepani Revolusi Industri 4.0 dalam konteks pemba­ngunan sosial dan negara.

Pengerusi Pertubuhan Amal Isteri Wakil-Wakil Rakyat Kerajaan Johor (Jasmine), Datin Nora Mohd. Som berkata, untuk itu persediaan perlu dilakukan ke­rana Revolusi Industri 4.0 akan mengubah aspek kehidupan serta rutin harian.

“Revolusi Industri 4.0 dipan­du dengan penyelarasan teknologi terkini antaranya se­perti robotik, kebijaksanaan buatan, perkara-perkara melibatkan internet dan bioteknologi.

“Teknologi memudahkan penghasilan produk-produk baharu yang canggih, perkhidmatan dan tidak dapat dinafikan meningkatkan kecekapan dalam kehidupan peribadi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Antarabangsa kelesta­rian Insan (Insan) kali ke-5 di Hotel Puteri Pacific di sini, baru-baru ini.

Nora berkata, Malaysia sedang mengalami pertumbuhan ekonomi yang pesat, sehubu­ngan itu tidak harus ketinggalan dalam mengikuti perkembangan dan manfaatkan Revolusi Industri 4.0.

Mengenai persidangan itu, beliau berkata, seramai 200 peserta dan pembentang kerja terlibat dari Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei termasuk penyertaan antaranya daripada institusi pendidikan, penyelidikan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Objektifnya, kata Nora, untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang Revolusi Industri 4.0 selain meningkatkan budaya mencintai dan menghargai ilmu melalui perkongsian maklumat serta kepakaran masing-masing.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN