KETIKA mula mempelajari subjek Matematik di peringkat awal persekolahan, selepas mengenal nombor dan turutannya, kita beralih kepada mengenal proses melibatkan tambah, tolak, darab dan bahagi. Fahaman mudah konsep bahagi ialah sama rata, tidak lebih dan tidak terkurang. Tetapi dalam realiti kehidupan, pendekatan bahagi iaitu kesamarataan tidak boleh terpakai pada semua keadaan kerana kita perlu bersandar pada satu lagi prinsip yang lebih utama iaitu keadilan. Adalah kurang tepat jika berpegang erat…










