KUALA LUMPUR – Pendakwaan terhadap suami seorang pengasuh dalam kes kematian bayi perempuan berusia 11 bulan, Nur Muazara Ulfa Mohammad Zainal atau Zara tidak dijalankan di Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak kerana ia dikategorikan sebagai kes bunuh. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohamed, Hanipa Maidin berkata, lelaki itu telah didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan. “Saya…










