Kertas siasatan kes dera bayi Zara telah lengkap - Utusan Malaysia

Kertas siasatan kes dera bayi Zara telah lengkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI BULOH 15 Nov. – Kertas siasatan kes bayi 11 bulan yang meninggal dunia Jumaat lalu dipercayai didera secara fizikal dan seksual oleh suami pengasuh telah dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, pihaknya telah melengkapkan kertas siasatan dan kini menunggu keputusan daripada pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk pendakwaan.

“Kita telah serahkan kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya jadi kita harap akan diberikan izin pendakwaan.

“Lelaki berusia 36 tahun yang juga suami kepada pengasuh bayi itu masih direman sehingga Isnin ini,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Sungai Buloh di Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh di sini, hari ini.

Jumaat lalu, Nur Muazara meninggal dunia selepas dua hari dilaporkan tenat dipercayai didera secara fizikal dan seksual oleh suami pe­ngasuh.

Hasil bedah siasat pihak Hospital Serdang mendapati punca kematian mangsa adalah impak tumpul pada kepala iaitu tempurung kepalanya pecah dan terdapat kesan lebam pada bahagian atas kepala kiri dan kanan.

Selain itu, terdapat kesan koyakan baharu pada selaput dara selain dubur mangsa dipercayai akibat penderaan seksual.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN