Kerajaan Selangor tanggung kos besar sekiranya teruskan air percuma kepada semua rakyat - Utusan Malaysia

Kerajaan Selangor tanggung kos besar sekiranya teruskan air percuma kepada semua rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari mengakui kerajaan negeri terpaksa menanggung kos besar sekiranya terpaksa meneruskan pemberian air percuma 20 meter padu (m³) sebulan kepada semua rakyat Selangor.

Beliau berkata, ini berikutan peningkatan jumlah penduduk Selangor secara mendadak berjumlah 6.4juta ketika ini berbanding zaman pentadbiran bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim iaitu hanya 4.6 juta penduduk.

“Ini adalah subsidi bersasar dengan kerajaan negeri perlu menyusun (semula) segala perbelanjaan.

“Ini bukan langkah terakhir (penghentian air percuma) sebaliknya kerajaan negeri akan melihat semula kedudukan kewangan dan fokus kita,” katanya ketika ditemui di lobi Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini hari ini.

Dalam pembentangan Belanjawan Selangor 2019, Jumaat lalu, Amirudin yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua mengumumkan hanya golongan B40 sahaja akan menikmati program pemberian air percuma di Selangor bermula tahun depan sebanyak 25m³ berbanding 20m³ sebelum ini. 

Beliau juga dalam sebuah program di Cyberjaya di sini semalam menolak dakwaan cadangan mengehadkan pemberian air percuma itu ekoran pengambilalihan Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn. Bhd. (Splash) oleh Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. 

Dalam perkembangan sama, Amirudin memberitahu, kerajaan negeri juga menyediakan pelbagai insiatif kepada golongan berpendapatan sederhana atau M40 bagi mengelakkan mereka terasa dipinggirkan susulan pengumuman program bantuan air percuma tersebut. 

“Penjimatan ini (mengehad pemberian air percuma) dapat kita lakukan kepada perkara lain supaya banjir dan masalah jalan berlubang dapat diatasi.

“M40 ada kaedah lain (bantuan lain) dan lebih spesifik. Bukan pukul rata”, tegas beliau. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN