Kerajaan Pusat tiada hak urusan tanah - Utusan Malaysia

Kerajaan Pusat tiada hak urusan tanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Nov. – Kerajaan Pusat tiada hak untuk terlibat dalam urusan tanah Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya dekat sini, kerana hal ehwal tanah di bawah tanggungjawab kerajaan negeri.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, peranan kerajaan Pusat dalam insiden di kuil itu hanya terhad kepada tindakan menangani rusuhan dan keganasan yang berlaku khususnya melalui Polis Diraja Malaysia.

Beliau bagaimanapun akan menilai situasi sama ada pihaknya sedia menjadi orang tengah antara kerajaan negeri dan syarikat pemaju bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku.

“Isu tanah merupakan hal negeri. Pusat tiada hak, oleh itu kita akan memastikan insiden yang berlaku tidak berulang lagi,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Beliau sebelum itu memberikan kenyataan semasa sidang Dewan Rakyat bagi menegaskan pendirian kerajaan berhubung rusuhan kuil tersebut yang menggemparkan rakyat.

Pada masa sama Dr. Mahathir berkata, kerajaan negeri Selangor boleh berusaha untuk mengambil semula tapak kuil tersebut sekiranya berhasrat berbuat demikian, namun menyerahkan perkara itu kepada pentadbiran negeri. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN