Kerajaan perluas jalur lebar - Utusan Malaysia

Kerajaan perluas jalur lebar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang mengkaji beberapa alternatif untuk membaiki dan memperluas rangkaian jalur lebar ke seluruh negara bagi membolehkan rakyat bersedia menghadapi Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0), menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo.

Beliau berkata, pihaknya sedang meneliti cadangan beberapa pihak termasuk penggunaan satelit.

“Dahulu kita ada polisi National Fiberisation Plan yang memberikan tumpuan kepada fiber.

“Bagaimanapun kalau nak ‘fiberised’ sesuatu tempat, ia akan memakan masa dan kos yang tinggi dan kita lihat memang susah untuk wujudkan satu rangkaian dalam masa terdekat khususnya di kawasan luar bandar.

“Kerajaan sedang lihat alternatif lain seperti satelit,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat semalam.

Beliau menjawab soalan tambahan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) berhubung langkah diambil kerajaan untuk memastikan rakyat menerima khidmat jalur lebar yang lebih baik.

Menjawab soalan Khoo yang ingin tahu sama ada kerajaan bercadang memberikan lesen kepada syarikat lain bagi memecahkan monopoli Telekom Malaysia (TM) dalam industri telekomunikasi, Gobind berkata: “Mungkin wujud keperluan untuk kita melihat cara lain bagi besarkan ruang pasaran ini kepada pihak lain.

“Sebenarnya ada rancangan pihak kerajaan, tetapi saya tidak ingin umumkan dalam Dewan ini kerana saya rasa elok kalau syarikat itu yang umumkan sendiri berkenaan perkara tersebut,” katanya. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN