Kerajaan akan lulus usul mengenai rumah ibadat - Tun Mahathir - Utusan Malaysia

Kerajaan akan lulus usul mengenai rumah ibadat – Tun Mahathir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meluluskan usul dan menjadikankan syarat bahawa rumah ibadat seperti masjid, kuil atau gereja tidak boleh dibina tanpa kebenaran pihak berkuasa tempatan.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, masalahnya sekarang ialah “kuil didirikan di atas tanah milik orang lain”.

“Cara ini akan menyelesaikan masalah. Masalahnya sekarang ialah kuil dibina tanpa mengambil kira siapa yang memiliki tanah itu, dan kemudian apabila pemiliknya mahu balik tanah tersebut, ia akan menimbulkan masalah.

“Kuil dibina di mana-mana sahaja walaupun di tanah milik orang lain. Itulah masalah yang kita lihat hari ini,” kata beliau pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Menara Yayasan Selangor hari ini.

Mahathir menjawab soalan mengenai langkah  yang akan diambil oleh kerajaan untuk mengelak insiden serupa seperti kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Putra Heights daripada berlaku. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN