IPOH, 26 Nov (Bernama) — Armada Bersatu Perak mendesak kepimpinan Pakatan Harapan (PH) Perak menyiasat dakwaan bahawa terdapat exco kerajaan negeri berkomplot dengan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang untuk menjatuhkan Menteri Besar Perak. Ketua Armada Bersatu Mohd Hafez Mubin Mohd Salleh berkata pihaknya memandang serius dakwaan itu dan jika benar tindakan tegas mesti diambil terhadap pihak terbabit dengan memecat atau menggugurkannya dari exco kerajaan negeri selain tindakan disiplin diambil…










