PUTRAJAYA – Kerajaan akan mengambil kira kepentingan rakyat terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan berhubung langkah menaikkan tambang bas ekspres.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fok berkata, pihaknya akan membawa perkara itu kepada Majlis Kos Sara Hidup yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail untuk dibincangkan terlebih dahulu.
“Kita kena mempertimbangkan permintaan kedua-dua pihak iaitu operator bas dan orang ramai untuk pastikan apa-apa keputusan yang kita buat nanti tidak membebankan rakyat.
“Tetapi pada masa yang sama, apa yang kita harapkan daripada operator bas ialah mereka dapat tingkatkan tahap keselamatan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Pengangkutan di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.











