KUALA LUMPUR 24 Nov. – Kapten Malaysia, Mohd. Zaquan Adha Abd. Razak berkata, dia tidak kisah bagaimana jaringannya terhasil ketika membantu Harimau Malaya mara ke separuh akhir Piala AFF dengan mengalahkan Myanmar 3-0 di Stadium Nasional, Bukit Jalil sebentar tadi. Penyerang Pahang, Norshahrul Idhlan Talaha membuka jaringan tuan rumah pada minit ke-26 selepas menolak bola percubaan Mohamadou Sumareh yang terkena palang. Zaquan kemudian menjadikan kedudukan 2-0, tiga minit memasuki waktu…










