Kenyataan berbeza Dr. Mahathir, Waytha Moorthy timbul kekeliruan - Utusan Malaysia

Kenyataan berbeza Dr. Mahathir, Waytha Moorthy timbul kekeliruan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Nov. – Kenyataan berbeza Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy berkenaan isu Konvensyen Antarabangsa Me­ngenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) menimbulkan kekeliruan berhubung pendirian sebenar kerajaan Pakatan Harapan berkenaan perkara itu.

Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, ini berikutan kenyataan terbaharu Dr. Mahathir semalam bahawa hampir mustahil untuk meratifikasi konvensyen tersebut manakala Waytha Moorthy pula mengatakan bahawa ICERD boleh diratifikasikan dengan pengecualian tanpa perlu ada pindaan Perlembagaan.

“Persoalannya adakah semua yang disebut oleh Menteri selama ini hanyalah pendapat peribadi tanpa ada persetujuan Kabinet?

“Selaku menteri yang menjaga perpaduan beliau seharusnya peka dan lebih sensitif dalam isu ini, pendapat peribadi tidak seharusnya diguna pakai dalam hal-hal nasional,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN