Kenderaan bawa Tengku Adnan keluar Ibu Pejabat SPRM - Utusan Malaysia

Kenderaan bawa Tengku Adnan keluar Ibu Pejabat SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 15 Okt.- Kenderaan yang dipercayai membawa bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dilihat keluar dari ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada pukul 1.25 tengahari ini.

Kenderaan jenis Toyota Alphard berwarna hitam yang membawa Tengku Adnan itu menuju ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur (KL) untuk proses pendakwaan.

Semalam, SPRM mengesahkan telah mendapat Izin Mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara bagi menuduh Tengku Adnan dan ahli perniagaan, Datuk Tan Eng Boon di mahkamah.

Menurut suruhanjaya itu, dalam satu kes kenyataan, pihaknya telah menahan Tengku Adnan berhubung siasatan kes penjualan tanah milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada pukul 3.25 petang di ibu pejabat SPRM semalam.

“Tengku Adnan akan dituduh bersama seorang ahli Eng Boon di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur,” kata kenyataan itu.

Dalam kenyataan berasingan semalam, SPRM turut memaklumkan isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta pegawai khas Rosmah, Datuk Rizal Mansor akan turut dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Kedua-dua dituduh berhubung siasatan kes membabitkan projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di sekolah-sekolah di Sarawak. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN