RASAH 16 Nov. – Mahkamah Khas Pilihan Raya Seremban di sini hari ini mengisytiharkan kemenangan Datuk Seri Mohamad Hasan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) adalah tidak sah dan terbatal. Hakim Datuk Azimah Omar yang membuat keputusan itu turut mengarahkan pilihan raya kecil diadakan serta-merta di kerusi DUN yang dimenangi Timbalan Presiden UMNO itu tanpa bertanding pada 28 April lalu. Keputusan itu dibuat…










