PUTRAJAYA 24 Nov.- Kementerian Pendidikan melahirkan rasa sedih dan dukacita dengan kemalangan yang meragut lima nyawa ahli keluarga dan kakitangan Politeknik Sandakan di Kota Marudu, Sabah semalam. Kementerian itu dalam kenyataannya berkata, kemalangan berkenaan mengorbankan tiga Pensyarah Politeknik Sandakan iaitu, Annie Gideon, Suzanie Stephen Galaut dan Esther Michelle Anak Gunben. “Dua lagi mangsa yang maut ialah anak kakitangan Politeknik Sandakan iaitu, Abdul Fattah Salehuddin dan suami kepada Ketua Jabatan Pengajian…










