Kemasukan 3 ADUN Bebas bukan isu besar - Mazlan - Utusan Malaysia

Kemasukan 3 ADUN Bebas bukan isu besar – Mazlan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 27 Nov. – Tindakan Bersatu negeri ini menerima keahlian tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas bukan satu isu besar walaupun rakan komponen, PKR Johor melahirkan kekesalan tentang perkara itu.

Bendaharinya, Mazlan Bujang berkata, Pakatan Harapan (PH) sama sahaja seperti Barisan Nasional (BN) mempunyai parti dalam gabungan, sekali gus perbezaan pendapat antara satu sama lain adalah perkara biasa kerana bukan parti tunggal.

 “Dahulu pun kita ada masalah kerusi sebelum pilihan raya umum, tapi akhirnya kita dapat cari penyelesaian dan titik bersama untuk diselesaikan. Isu kerusi itu lagi panas, kita boleh selesaikan inikan pula isu kita dah menang ni.

 “Isu tiga ADUN itu bukan isu yang besar dan saya rasa kita ada persefahaman nak diselesaikan,” katanya yang diminta mengulas kenyataan PKR Johor yang kesal dengan tindakan Bersatu menerima tiga ADUN Bebas dan menyifatkan keputusan itu sebagai khianat dan mandat rakyat
yang mahukan perubahan.

 Tiga wakil berkenaan ialah ADUN Sedili, Rasman Ithnain; ADUN Johor Lama, Rosleli Jahari dan ADUN Endau, Alwiyah Talib.

 Mazlan ditemui selepas menyempurnakan program tanggungjawab sosial korporat Senai-Desaru Expressway Bhd. bersama-sama murid Sekolah Kebangsaan Cahaya Baru, Pasir Gudang di Angsana Johor Bahru Mall, di sini sebentar tadi.

 Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Senai-Desaru Expressway Bhd., Jamal Abd. Nasir Taharim. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN