PUTRAJAYA 30 Nov. – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke hari ini menerima lima serpihan baharu yang dikatakan milik pesawat Malaysia Airlines MH370, iaitu pesawat yang dilaporkan hilang secara misteri sejak 2014. Serpihan yang ditemukan oleh nelayan tempatan di perairan Madagascar di tiga lokasi berbeza yang jaraknya ratusan kilometer (km) dari satu sama lain itu telah diserahkan oleh sekumpulan ahli keluarga penumpang pesawat terbabit di sini. Antara yang diserahkan adalah serpihan mempunyai…