KOTA BHARU – Kerajaan Persekutuan masih belum menjelaskan sebarang bayaran royalti minyak kepada negeri Kelantan. Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebelum ini berjanji akan menyelesaikan bayaran itu sebelum akhir tahun ini. “Kita dimaklumkan Terengganu telah mendapat bayaran royalti gas dan minyak mereka, bagaimanapun, setakat ini Kelantan masih belum menerima sebarang bayaran. Kita akan tunggu sehingga akhir…










