Kelab RAGENDA UiTM Rembau bantu bersihkan pantai tumpuan pelancong - Utusan Malaysia

Kelab RAGENDA UiTM Rembau bantu bersihkan pantai tumpuan pelancong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Nov. – Pembangunan modal insan dalam kalangan mahasiswa tidak hanya terletak pada prestasi akademik malah tahap kesedaran sivik dan penglibatan dalam aktiviti kemasyarakatan.

Program yang dinamakan “Let’s Clean for a Greener Environment” merupakan program khidmat masyarakat yang pertama dianjurkan Kelab Rembau Arts Generational Delegates (RAGENDA) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Rembau yang memberi fokus untuk komuniti dan alam sekitar di kawasan Pantai Pengkalan Balak, Melaka.

MAHASISWA bertungkus-lumus bergotong-royong bagi membersihkan kawasan persisiran pantai Pengkalan B
MAHASISWA  bertungkus-lumus bergotong-royong bagi membersihkan kawasan persisiran pantai Pengkalan Balak, Melaka baru-baru ini. – UTUSAN ONLINE

Menurut pensyarah Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media merangkap penasihat kelab, Muhammad Azril Izuan Ramlan, program itu merupakan salah satu usaha UiTM Kampus Rembau bagi membantu memelihara alam sekitar dengan membersihkan kawasan pesisiran pantai yang menjadi tumpuan pelancong.

“Program ini merupakan projek sulung seumpamanya anjuran kelab ini yang turut diharapkan dapat membuka mata masyarakat terutamanya pelancong tentang kepentingan hubungan manusia dengan alam yang perlu dijaga.

MAHASISWA bertungkus-lumus bergotong-royong bagi membersihkan kawasan persisiran pantai Pengkalan B
MAHASISWA  bertungkus-lumus bergotong-royong bagi membersihkan kawasan persisiran pantai Pengkalan Balak, Melaka baru-baru ini. – UTUSAN ONLINE

“Program ini juga turut bertujuan menyemai semangat kerjasama dalam pasukan kepada para peserta selain kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar,” ujarnya kepada Utusan Online.

Sementara itu, presiden kelab RAGENDA, Muhammad Afdhal Mohamad Thuairi berkata, semua aktiviti dijalankan seharian dalam bentuk berkumpulan bagi membersihkan kawasan pantai Pengkalan Balak.

MAHASISWA bertungkus-lumus bergotong-royong bagi membersihkan kawasan persisiran pantai Pengkalan B
MAHASISWA  bertungkus-lumus bergotong-royong bagi membersihkan kawasan persisiran pantai Pengkalan Balak, Melaka baru-baru ini. – UTUSAN ONLINE

“Saya berharap agar program sebegini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang dan sebagai seorang pelajar, saya merasakan ini merupakan tanggungjawab kita bersama untuk menjaga alam sekitar,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN