Kelab malam digempur, 38 PATI ditahan termasuk maknyah - Utusan Malaysia

Kelab malam digempur, 38 PATI ditahan termasuk maknyah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Keseronokan 38 pendatang asing tanpa izin (PATI) bekerja di sebuah kelab malam termasuk sebagai pelayan pelanggan (GRO) terbantut selepas ditahan dalam kejadian di Petaling Jaya dekat sini malam tadi.

Dalam operasi selama tiga jam bermula pukul 10 malam itu, mereka yang ditahan melibatkan 28 wanita dan 10 lelaki termasuk golongan maknyah berusia 18 hingga 35 tahun.

Pengarah Imigresen Negeri Selangor, Mohamad Shukri Nawi berkata, semasa serbuan dilakukan didapati kesemua warga asing tersebut cuba melarikan diri ke pintu belakang premis namun gagal selepas dikepung oleh anggota Imigresen.

“Kita telah memeriksa 51 warga asing dengan 38 daripadanya merupakan PATI

“Mereka melibatkan 23 warga Thailand termasuk empat daripadanya maknyah, Vietnam (11) dan Bangladesh (4) yang bekerja sebagai pelayan, pembantu bar dan GRO,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

pati gro
38 daripada 51 warga asing yang diperiksa merupakan PATI.

 

Beliau menambah, siasatan awal turut mendapati mereka telah bekerja di kelab malam tersebut sejak dua bulan lalu.

Mohammad Shukri menegaskan kesemua PATI yang ditahan sisasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki sebarang pas/permit yang sah dan Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 kerana menyalahgunakan pas. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN