Kedai Ekonomi Pengguna dilancar - Utusan Malaysia

Kedai Ekonomi Pengguna dilancar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 29 Nov. – Kerajaan melancarkan Kedai Ekonomi Pengguna (i-KeeP) iaitu kedai yang menawarkan barangan keperluan harian pada harga berpatutan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, i-KeeP digerakkan melalui kerjasama strategik antara kerajaan dan enam syarikat peruncitan yang berupaya dalam kewangan.

Enam syarikat itu adalah Tunas Manja Group (TMG Mart), KK Supermart & Superstore Sdn. Bhd. (KK Super Mart), Segi Cash & Carry Sdn. Bhd. (Pasaraya Segi Fresh), Koperasi Permodalan Felda (KPF) Malaysia Berhad (D’Mart), Koperasi Orang Melayu Kerajaan Perak Berhad (SKOMK) dan Big Supermart Sdn. Bhd (Big Supermart).

Memuatkan artikel berkaitan…

“i-KeeP tidak mempunyai premis khusus seperti KR1M, sebaliknya pemilik outlet kepada enam syarikat strategik yang dipilih akan menjalankan perniagaan i-KeeP di premis-premis sedia ada mereka.

“Barangan i-KeeP boleh dikenal pasti melalui logo i-KeeP yang dipaparkan dalam bentuk papan tanda dan pelekat yang diletakkan secara berasingan di dalam premis syarikat peruncitan yang terlibat,” katanya selepas melancarkan i-KeeP di kementeriannya di sini hari ini.

Saifuddin Nasution berkata, pada fasa permulaan, kesemua premis i-KeeP tertumpu di Semenanjung Malaysia dengan jumlah premis yang menyertai seba­nyak 304 buah, diikuti Sabah dan Sarawak pada fasa seterusnya.

Beliau memberitahu, i-KeeP merupakan inisiatif penjenamaan semula untuk Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), bagaimanapun KR1M hanya mempunyai satu rakan strategik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini