KDNK suku ketiga 4.4 peratus - Utusan Malaysia

KDNK suku ketiga 4.4 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Nov. – Malaysia mencatat Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 4.4 peratus bagi suku ketiga tahun ini, lebih rendah berban­ding 6.2 peratus bagi tempoh sama 2017.

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Nor Shamsiah Mohd. Yunus berkata, perbelanjaan isi rumah terus menjadi pemacu utama pertumbuhan ekonomi Malaysia sebanyak sembilan peratus dan pelaburan sektor swasta yang tinggi (6.9 peratus).

“Inflasi keseluruhan menurun kepada 0.5 peratus pada suku ketiga 2018 terutamanya kesan daripada pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada kadar sifar,” katanya pada sidang akhbar mengumumkan prestasi ekonomi suku ketiga 2018 di sini hari ini.

Pertumbuhan KDNK pada suku pertama 2018 adalah 5.4 peratus kemudiannya 4.5 peratus pada suku kedua 2018. Pertumbuhan separuh pertama tahun ini direkodkan pada 4.9 peratus. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×