UMAT Islam pasti berasa lega mendengar penjelasan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyatakan mustahil untuk melaksana Konvensyen Antarabangsa bagi Menghapus Segala Bentuk Diskriminasi (ICERD) di Malaysia. Hal ini disebabkan jika ICERD diratifikasi, Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda bagi mematuhi konvensyen tersebut. Malah jati diri negara juga akan dinodai dengan pelaksanaan ICERD itu. Sebelum ini, kita diutarakan pelbagai helah hanya semata-mata untuk memberi justifikasi supaya pihak kerajaan menandatangani dan seterusnya meratifikasi ICERD. Golongan ini berpandangan Artikel 1(4) membuka ruang kepada Malaysia untuk terus melaksanakan ‘affirmative actions’ seperti keistimewaan kepada bumiputera,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya