SAMBIL tangan kanannya memegang kemas sebatang berus lukisan, Nornasha Shafiqa Anuar, 21, mula mewarnakan kepingan kanvas yang sudah mempunyai imej separuh siap. Walaupun dilakukan sekadar hobi dan tidak pernah mendapat pendidikan formal dalam bidang seni halus, namun dia tidak pernah mengambil sikap sambil lewa dalam menyiapkan karyanya itu. Ini kerana baginya, setiap karya yang dihasilkan akan mencerminkan identiti, jadi dia perlu mementingkan kesempurnaan. Tidak pernah menyangka bakat melukis yang dimilikinya…










