KUALA LUMPUR 1 Nov. – Karnival Kesenian Murid Malaysia Peringkat Kebangsaan 2018 yang berlangsung di Shah Alam, Selangor dari 26 hingga 29 Oktober lalu itu dianjurkan dengan hasrat utama membentuk perpaduan dan integrasi kaum melaui penghargaan terhadap seni budaya. Pengarah Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pendidikan, Rozainum Ahmad berkata, acara selama empat hari itu berlangsung dengan meriah di mana pemilihannya sejajar dengan hasrat kerajaan negeri Selangor menjadikan bandar ini sebagai…










