Kapal bawa diesel bernilai RM91,800 ditahan di perairan Miri - Utusan Malaysia

Kapal bawa diesel bernilai RM91,800 ditahan di perairan Miri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MIRI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan dua buah kapal  yang melakukan pemindahan 51,000 liter diesel bernilai RM91,800 tanpa kebenaran di perairan Miri tengah malam tadi.

Pengarah Zon Maritim Miri, Kapten Md Fauzi Othman berkata, kedua-dua kapal tersebut ditahan di 7.4 batu nautika dari Tanjung Kuala Baram pada pukul 12.35 tengah malam Ahad (18 November) dan hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua kapal itu tidak mempunyai sebarang dokumen kebenaran atau lesen pemindahan minyak diesel dari kapal ke kapal. 

“Seramai 12 kru kapal, Iapan warganegara serta empat warga Indonesia berusia 29 hingga 42 tahun ditahan dan kesemua kru tersebut memiliki dokumen pengenalan diri yang lengkap,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 iaitu melakukan pemindahan minyak tanpa kebenaran Pengarah Jabatan Laut Malaysia.

Menurutnya, kejayaan operasi tersebut adalah berdasarkan maklumat diterima daripada Unit Perisikan dan APMM akan meningkatkan lagi rondaan di perairan Miri bagi memastikan keselamatan serta tiada kegiatan menyalahi undang-undang negara dilakukan. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×