PULAU PINANG 10 Nov. – Dua buah kapal asing yang sedang menjalankan aktiviti mengorek dan memindahkan pasir di kawasan perairan berhampiran Pulau Kendi di sini ditahan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) hari ini. Timbalan Pengarah Operasi Maritim Pulau Pinang, Ahmad Faiz Md. Ghani berkata, ketika ditahan pada pukul 8.45 pagi tadi, seramai 16 anak kapal warga China berusia 28 hingga 53 tahun sedang bekerja di atas kedua-dua kapal berkenaan. Katanya, mengikut rekod, kedua-dua kapal itu yang bernilai lebih RM20 juta itu mendapat permit untuk melakukan kerja pengorekan dan pindahkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya